On your wedding day just thinking about what a special
friend you are.. they are many people we meet in our lives, but few become
special friend…
First of all...Happy Birthday Dear...semoga kebahagiaan itu milik anda berdua...:)
aishh...apsal rase lain macam pulak wish birthday ko tahun nie...huhu....
Rasanya dari tahun lepas, aku duk menghitung hari
mengira dan membilang hari bakal berlangsung nya majlis ni….rase mcm mimpi
pulak bila tiba hari raya….~~~ eh…eh..bila tiba hari langsung..hehe..
...............................................................
24-25.08.2012
Alhamdulillah & tahniah
buat kalian berdua..congratulations babe..ko dah selamat jadi isteri orang, dah
selamat jadi milik Z secara sah…InsyaAllah akan sempurna separuh agamamu
sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dari Anas bin Malik, “Jika seorang hamba Allah
itu menikah (kahwin), maka telah sempurnalah setengah (separuh) agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada
setengah yang lain.” (Riwayat al-Hakim dan at-Thabrani).
Maka beerti pada detik-detik
ini selesai sudah tanggungjawab ibu & ayah terhadap dirimu...tanggungjawab
mendidik dan menjagamu kini beralih kepada Z... insan bertuah pilihan hatimu,
yang telah seluruh ahli keluargamu redha dan berbesar hati menerimanya...kami
bagi pihak rakan-rakan ternyata menumpang gembira melihat kalian berdua dan
tentunya kami mendoakan agar permulaan ini akan membawa 1001 kebahagian &
kebaikan buat kalian...
Mulai saat itu.., taatilah dia
sepenuh jiwamu, jaga maruahnya sebaiknya seperti maruah dirimu sendiri, sayangi
seluruh ahli keluarganya, patuhi segala arahannya selagi ia tidak bertentangan
dengan ajaran Allah...<bleh bukak class usrah x..ehehhee>
Dear Azura,
Selepas sah kamu menjadi isterinya,
keutamaanmu adalah dia..bukan lagi ’keseronokan persahabatan’ kita, bukan lagi
ibumu...manakala bagi dirinya, keutamaannya masih lagi ibunya itu...
Moga jangan dikesalkan
itu..sesungguhnya Allah Maha Adil...hati perempuan itu lembut, kita tetap akan
sayang ibu walau suami keutamaan kita..tapi lelaki hatinya keras, mungkin sebab
itu Allah tetapkan ibunya sebagai keutamaan walaupun telah beristeri kerana
khuatir ibu akan terabai dek terlalu asyik mengulit isteri... Wallahu’alam...<
sekadar berkongsi shj...siapalah saya utk memberi pendapat..>
...hanya Allah yang mengetahui betapa hati ini tidak ketentuan bila sama2 diberi kelapangan untuk bersamamu..,menyaksikan dan meraikan hari bahagiamu..Alhamdulillah, aku dapat sama2 menyaksikan detik bersejarah dirimu diijab kabulkan, dapat sama2 mem’bz’ kan diri pada hari bahagiamu, menyaksikan kau disolek cantik dan bersanding atas pelamin indah, merakam pose2 istimewa mu...hehehe.. dapat menemani dirimu diberikan restu oleh ahli keluarga dengan taburan bunga rampai yang mewangi... dalam kegembiraan itu, terbit jua sedikit kesedihan..kegembiraan dalam kesedihan barangkali..walau puas kutahan..,walau telah kujemur dalam terik panas cuaca Ramadhan yang lalu...aku telah redha akan ketentuanNya..,kini kau seorang isteri dan suamimu, adalah keutamaanmu kini....
aku suke gmba nie.. |
Sebagai seorang teman yang
telah yang diizinkan oleh Allah s.w.t dalam persahabatan ini..,aku menghulurkan
doa restuku untukmu dan dia... Doaku, agar majlis hari besarmu yang akan
berlangsung bagi pihak Z indah2 belaka...seindah impianmu...maaf jika kali ini
aku tidak dapat sama2 menemani dirimu..maaf juga atas sebarang kekurangan &
kesilapan sepanjang majlis tempohari...
Mudah-mudahan cinta antara
keduamu berkekalan hingga ke syurga, hidupmu bertambah berkat, dimurahkan rezeki
dan semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah....jauh dari sudut
hati, kuberharap agar dapat menuruti langkahmu dan rakan-rakan yang lain jua..
Barakallah...~~ Zura & Zed Ehzan...~~
.....................................................................
Ok..lets raise our hand..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkaulah yang maha Agung yang
menciptakan Qada’ dan Qadar ini..
Kami pohon restu dan
keredhaanMu..
Jadikanlah ikatan ini selamanya
diberkati olehMu..
Agar sentiasa dilimpahi dengan
keimanan dan kasih sayang...
Dan peliharalah ia semoga
berkekalan dengan rahmat & cahayaMu..
Di dunia dan di Akhirat...
...Aminn ya Rabbal ‘Alamin...
1.43 a.m-28.08.2012-