Monday, February 13, 2012

Majlis Akikah baby Haleef

Assalamualaikum w.bt.

Pada 28 Januari 2012 diadakan Majlis Akikah baby Haleef dengan meriahnye oleh ibu, abah n oma ( nenek / uwan) dak Haleef nie yang bertempat di Seksyen 4, Shah Alam...kikikih...( mcm dalam Berita Harian pulak) 


Haleef yang sentiasa cool..
This is cute little baby boy..his name is Haleef..he is 3 month old..
Baby Haleef is my cousin’s son…
Haleef got a cute sister, named Nurul Naira Husna.. Naira is 4 years old…and she is very energetic gurl even she did not take any nasik berlauk ikan goreng or ayam goreng with sayur or bubur nasik….Naira only takes Heinz baby food n keropok ikan…
Naira just makan yang certain2 perisa je...
Naira & Ibu & Haleef

Let’s cekidaut gegamba mase Majlis Akikah Haleef…sekali dengan sambut birthday dak Naira tuh..
Majlis Berzanji & Marhaban









Naira's ibu n Mak Long
Cousin + son..Cousin + daughter + son
Birthday Cake Naira yang meriah dengan kengkawannye..
Happy Birthday to Yayaaaa.....
PPfuuhhhhh....
wahhh....abah yang excited nyanyi nieh...
Naira & Ibu..
opsss...sori Kak Emi..gamba u separuh je..kikiki
Ibu...kesian kawan Yaya nie...nt die mati...!!
Anak merupakan cahaya mata
Anak merupakan anugerah yang paling bernilai yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Oleh yang demikian, disunatkan bagi seorang muslim bergembira dan bersyukur kepada Ilahi. Diantara caranya ialah memberitahu saudara-mara dan sehabat handai serta jiran tetangga.

Azan & Iqamah pada Telinga Bayi
Sunat diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya .Ini untuk menjadikan pengisyhtiharan tauhid adalah perkara pertama yang memecahkan pendengarannya sewaktu dilahirkan ke dunia. 
Tetapi azan tesebut perlulah dilaungkan dengan cara sederhana (tidak terlalu kuat sehingga memudaratkan telinga bayi). Hendaklah mengadap kearah kiblat semasa azan dan iqamah serta melafazkannya dengan cara yang betul dan sempurna.
Hikmah daripada azan dan iqamah ialah supaya perkara pertama yang masuk ke telinga bayi ialah kebesaran Allah s.w.t, kalimah tauhid dan syahadah serta panggilan menuju kejayaan, di samping menghalau gangguan jin dan syaitan. Selain daripada itu, ia bertujuan menjauhkan bayi daripada terkena penyakit yang dibawa oleh sejenis jin yang diberi nama oleh Rasulullah s.a.w sebagai Ummu Sibyan.


Membelah Mulut (Tahnik)
Disunatkan membelah mulut bayi dengan buah kurma sama ada bayi lelaki atau pun perempuan adalah dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut kemudian ia di sapukan pada mulut (lelangit) bayi sehingga masuk sedikit ke dalam mulutnya, kemudian dibuka mulutnya sehingga turun kedalam perut bayi walaupun sedikit. Kalau tidak ada buah kurma maka boleh digunakan sesuatu yang manis Dalil sunatnya tahnik ialah hadis riwayat Muslim daipada Abu Musa r.a. katanya:
Aku dikurniakan seorang anak lelaki lalu aku membawanya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda memberikan namanya Ibrahim dan membelah mulutnya (tahnik) dengan buah kurma.

Berdasarkan apa yang telah disebutkan ulama bahawa, disunatkan membawa bayi setelah kelahirannya kepada orang soleh dan bertakwa untuk mentahnik mereka dan mendoakan kebaikan dan keberkatan untuk mereka.

Cara-cara tahnik :
Kelengkapan yang diperlukan dalam upacara tahnik:

-Air zam-zam@air mutlak.
-Air cuci tangan.
-Buah tamar@kismis.
-Sudu kecil (yang sesuai dengan bayi).

Mencukur Rambut, Memberi Nama & Khitan 
Disunatkan mencukur kepala bayi pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberikan nama setelah disembelih haiwan aqiqah dan disedekahkan berat timbangan rambut itu dengan emas atau perak. Kerana Nabi Muhammad s.a.w telah memerintahkan Fatimah sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "timbanglah rambut al-Hussin dan sedekahkan perak seberat timbangan rambutnya..
Dalilnya Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesungghnya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,maka perelokkanlah nama kamu".

Begitu juga disunatkan disisi al-Syafie mengkhitankan bayi pada hari ketujuh daripada kelahirannya. Sebagaimana yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi daripada 'Aisyah : "Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mengkhitankan al-Hassan dan al- Hussin pada hari ketujuh daripada kelahirannya".
Dan disisi as-Syafie khitan adalah fardu baik lelaki mahupun perempuan..

No comments:

Post a Comment