Tuesday, May 8, 2012

25,26,27,28.........????


Assalamualaikum w.b.t


2.5 Juta Rakyat Berusia Lebih 25 Tahun Tidak Berkahwin

KUALA LUMPUR 8 Mei - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun.

Seai Kie berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya.

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

"Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Seai Kie berkata kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik. - BERNAMA
................

OK...nak kumpul duit tabung haji rajin-rajin...nanti boleh pergi umrah macam Irma Hasmie  orang tue.....“

Namun, saya akui ada berdoa di depan Kaabah agar diberikan segala yang terbaik untuk diri ini....“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah.... Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah..... Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya….





S.E.K.I.A.N.T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

No comments:

Post a Comment