Wednesday, October 26, 2011

my LaLiNk and i.... :)


salam dihulur...tanda kenalan...
kenal nama... disambut senyuman...
ikatan bertukar menjadi kawan...
kongsi tawa, kongsi tangisan...
kita semakin rapat...
terus menjadi sahabat...
sentiasa dihati...walau jauh...walau dekat..

Dh lame x bersua…dh lame kami x jumpe…rindu oooo...sb my lalink suda kelije maa...
Paling2 pun sms sms je….tnye cite terbaru..kot ade gOsip gOsip hangat ke...hahaha
Namun biar jauh dimata, tapi dekat di hati…hehehe…

..let me introduce my Lalink... :)

her name is A.Z.U.R.A A.B.D A.Z.I.Z
we've known each other since 2004...
means, dh 7 taun la kami 'in relationship'...wakakakaka...
die sangat suwet....
sb ape die suwet..??
sb, saye sOrang je yAng tau..hikhikhihk...
ehmm..sb, i've nobody to share with...!! uhukk.. :(
> s.e.k.i.a.n <

Lalink Azura
and her ikan-ikans..she called that ikan,.. 'Jibek'
a.k.a YuYa...
Dating time Deepavali...hikhik..

Dlm dunia ini, kt tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri .. ttapi dalam kita bersendiri ini, kt beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami diri kita...
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia...
Dia mendengar luahan perasaan kita.., sgala rasa kecewa & ketakutan.., harapan dan impian kita luahkan.., dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian.... 
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita... Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan kawan.., kerana dia juga seorang manusia; dia juga ad rasa takut, ad rasa...bimbang, sedih dan kecewa....
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.... Jadilah kita sebagai kawannya itu... 
Kita selalu melihat dia ketawa.., tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.... Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..,
disebalik kesenangannya..., mungkin tersimpan seribu kekalutan.., kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu....

:::: Kenalan vs Kawan vs Rakan vs Teman vs Sahabat vs Sahabat Karib vs dll...

..apa yg penting..SAHABAT yg paling akrab..ialah Ibadah. Dia akan melindungi walau di mana, ke mana, apa, mengapa....di dunia maupun di akhirat kelak... :-)




Monday, October 24, 2011

It's gOOd tO be hOme...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..huhh..patriotik.!!!

Hari ni besamaan 24.10.2011 iaitu hari Isnin.. bermakna dh 3 hari lah kite melepak di rumah sempena mid term break..selepas melalui Test 1 aritu yang agak mencabar kesabaran jugak la..hahahaha ( stress mcm gaye nk final je...sb test berderet dlm 1 hari kot...)

So, sempena dh ado kt umah ni, it’s a best n best n best way to make my weight increase..hohhh..!!!! its very hard to make it decrease decrease  and decrease….sb momma akan masak best2…paling koman pun bleh masak ape2 je yg ado kt dapur tu.. xyah pk nk beli nasik lauk hape..

Its good to sleep on my own bed , in my own sweet rOOm…ohhh..syahdu… ini adalah nikmat yg x terkata…hoho..betul holiaww aa…~ ~ ~


Its good to be home….sb dapat main2 ng budak Bayu Damia nie… rindu rindu rindu sgt ng die… rase2 Bayu pun rindu ng Kakak jgk kot..sb die tanak ikut mummy pn..Bayu nk tinggal ng Kakak je..ehehhe… 

Bayu with mummy n abah n along kt Stadium Paroi

Its good to be at hOme…sb dapat nengok tv…hehehe…even xde citer yg best pn dapat gak unwind..tgk katun ke, tgk cite indon ke, tgk drama swasta ke, Hallmark ke, CSI ke, …heheh… n paling best sb dapat nengok siaran lansung Perlawanan Separuh Akhir, Negeri Sembilan lwn T Team….ehemmm…N9 layak pg Final la mggu depan..huhh.. xsaba nk tggu…Hobin Jang Hobin..




Lastly, its good to be hOme, sb…sb..sb, boleh basuh baju pakai mesin, boleh golek2 depan tv sambil bermalas malasan, boleh tgk tv lelame, boleh mandi pakai water heater…hehehe.., boleh breakfast, lunch n dinner tiap2 hari tanpa gagal…hahahaha…

::: Baiti Jannati...

Friday, October 14, 2011

kENa sERaNg..._versi 2_

Kesian kt diorang..selalu je kena gempa bumi kan….
sumber : KOSMO

KUTA, Indonesia - Satu gempa bumi kuat melanda pulau Bali semalam, menyebabkan 44 orang cedera selain mencetuskan situasi panik apabila ratusan pelancong bertempiaran lari meninggalkan bangunan-bangunan yang bergegar.
Pegawai daripada Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia di Bali, Endro Tjahjono berkata, gempa bumi bermagnitud 6.0 pada skala Richter itu menggegarkan daerah pelancongan utama, Kuta selama beberapa minit.
"Situasi panik berlaku. Semua orang berlari keluar dari bangunan-bangunan. Apabila kami kembali ke pejabat, kami mendapati beberapa rekahan pada dinding bangunan dan plaster dinding tercabut," kata Tjahjono.
Agensi Kaji Selidik Geologi AS (USGS) menyatakan, pusat gempa bertempat di lautan di kawasan selatan ibu negeri pulau Bali, Denpasar. Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang beribu pejabat di Hawaii memberitahu, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut.
Beberapa buah hospital, tiga buah sekolah dan dua bangunan pentadbiran mengalami kerosakan dalam bencana alam tersebut.
Gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan berdekatan termasuk bandar Surabaya, Blitar dan Malang di Jawa Timur. - AFP

Semalam diorang serang Kedutaan Malaysia, harini keluar berita diorang pulak kena serang dek Incik Gempa…uhuhuhu….

Tapi, ingat lah..buat baik berpada pada, buat jahat jangan lah sekali…
^ renung-renungkan dan selamat beramal ^....[ via: Prof Izi Hj Alwi ]


Wallahu ’alam.

jUst mOtiVasi...^_^

Tazkirah di pagi Jumaat.. :)


Kalo jodoh x kemana...

Kalo bukan jodoh pasti kemana2....hehe

Jgn pernah mendahului Allah dgn berkeyakinan bahawa,

Seseorg adaLah jodoh kita, sebelum akad suci itu tiba....

Kerana Allah Maha Pembolak-balik hati.

Segala sesuatu pasti saja terjadi.

Maka jgnlah berbuka sebeLum waktunya..!!

Dan jgn merasa memiliki apa yg beLum menjadi hak kita.....:)

Ingat..ingat..ingat..!!!!  < untuk diri sendiri >



"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."

(Surah Al-Hadid: 22-23)

Thursday, October 13, 2011

kENa sERaNg...eRkk...

Kedutaan Malaysia Diserang.



JAKARTA 12 Okt. - Jika tahun lalu, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar najis, hari ini ia sekali lagi menjadi mangsa kebiadaban penunjuk perasaan.
Aksi tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR) mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan lampu pecah serta kerosakan di pagar bangunan tersebut di Jalan Rasuna Said di sini.
Perhimpunan yang berlangsung selama sejam setengah bermula pukul 1 tengah hari itu menyaksikan betapa liarnya sikap sebahagian daripada 650 penunjuk perasaan.
Tindakan tidak bertamadun penunjuk perasaan itu juga turut mencederakan sembilan anggota polis Indonesia selepas terkena balingan objek seperti batu, kayu dan buluh yang berusaha mengawal keadaan genting itu.
Penunjuk perasaan itu berhimpun di depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.
Para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh Pengarah FBR, Edwan Hamidy itu turut membawa sepanduk bertulis 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.
Tidak ketinggalan, pelbagai kata-kata kurang manis diucapkan oleh beberapa pemimpin tertinggi FBR yang secara jelas mengecam dan menghina negara Malaysia.
Aksi tunjuk perasaan FBR itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat kepada organisasi berkenaan kerana hasrat untuk menyampaikan nota bantahan berkenaan tidak dilayan oleh pejabat Kedutaan Besar Malaysia.
Pejabat Kedutaan Besar Malaysia mempunyai sebab untuk tidak menerima sebarang nota bantahan itu memandangkan dakwaan FBR kononnya Malaysia menceroboh kedaulatan wilayah mereka tidak pernah berlaku.
Kemuncak kemarahan penunjuk rasa itu terjadi apabila penunjuk perasaan berkeras untuk memacakkan bendera FBR di pagar bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.
Polis yang cuba menghalang tindakan berkenaan dirempuh oleh sekumpulan penunjuk perasaan itu sehingga mencetuskan kacau-bilau.
Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta yang terlibat dalam demonstrasi itu kerana tindakan melampau mereka.
Isu ini tercetus berikutan kenyataan Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.
Susulan itu, empat menteri Indonesia menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan tidak memiliki sebarang asas yang kukuh.
Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto bersama-sama dengan Menteri Luar, Marty Natalegawa, Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro tampil mempertahankan Malaysia
"Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928," kata Marty Natalegawa pada sidang media itu.
Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu.
Sejak sekian lama kedua-dua Indonesia dan Malaysia sentiasa mematuhi perjanjian berkenaan dan tidak pernah ada sebarang pertikaian yang dibuat. - Utusan


::: rase mcm tanak je pg shoping kt Bandung, g hanimun kt Bali....hehehe...xsedo diri betoll...dh la cari rezeki kt negara orang...padahal berjuta kot rakyat die duk merempat kt Malaysia...aishhh..Bengang..!!!!


So, kepada student yg amik Medic kt sane tu, copek2 la balik Malaysia..toksah duk kalut buat medical treatment kt org2 kt sane tu..huhhh..!!!

Jage org2 Malaysia  lagi bagus  amatlah baek sekali..hahahha.. :)



sumber : UTUSAN MALAYSIA
  

Friday, October 7, 2011

Produk CariKata E-Kamus

^^...business business...^^

Produk CariKata E-Kamus : 


  •  E-Kamus - 20 jenis kamus elektronik (dewan, BM-BI, BI-BM dll )
  •  E-Pustaka - Koleksi format-format Penulisan (surat, kertas kerja, resume dll)
  •  Semak Eja - Semak Ejaan & Tatabahasa ( sangat membantu dlm semakan tugasan ilmiah / tulis  surat / proposal dll)
  •  E-Terjemah - Terjemah ayat / perenggan ke bahasa lain: BM-BI,BI-BM dll )

* membantu dalam penulisan ilmiah, proposal, surat-menyurat dll
* membantu dalam penulisan thesis, Final Year Project (FYP)  
* para pelajar amat digalakkan pakai Carikata E- Kamus

Tempoh tempahan / penghantaran = 1 minggu
Produk berlesen + lifetime user
Harga Pasaran (2 user)= RM340 (mahal!!!)
Harga Khas Pelajar (2 user) =RM250-share berdua seorang RM125 (murah!!!) 





Kenape Carikata E-Kamus bestttt… :

  • Terjemahan perkataan dari 4 bahasa (Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Cina) ke dalam bahasa - bahasa utama dunia dengan hanya satu “HomeWorld” klik.  Perkataan-perkataan yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa yang anda cari.
  • Terdapat 21 jenis kamus seperti Kamus Dewan, Eng - Mal, Mal - Eng, Mal - Arab,       Pelbagai istilah DBP, peribahasa Melayu, Antonim, Sinonim, dan sebagainya.
  • Kamus Melayu & Bahasa Inggeris boleh didapati dengan fungsi suara (sebutan).
  • Cek ejaan automatik dalam Bahasa Melayu.
  • E-Book (termasuk jenis koleksi surat, puisi,kertas soalan ramalan, percubaan dan UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bahasa Melayu & Inggeris)
  • Carian pantas.
  • Regular update percuma.
  • 3 user dan lesen, yang disediakan untuk memudahkan anda.
  • CARIKATA produk dengan kualiti terbaik, harga yang lebih berpatutan daripada yang sedia ada di pasaran.
  • Sesuai untuk kanak-kanak , pelajar, orang dewasa dan profesional.
  • Mudah untuk digunakan.

Penggunaan produk Carikata E-Kamus kepada pelajar IPT digalakkan..!!!

............Berminat, jadilah pelajar awal yang gunakannya!!!!.....

* sape berminat boleh msg kt inbox!!

Wednesday, October 5, 2011

^ SeNyuM..x PeRLu kaTa aPa - aPa..^

Yeppiiiii…
mOOd : happy happy an

senyum seindah suria..yg membawa cahaya…
senyumlah dari hati..
dunia mu berseri…
senyum umpama impian..
dalam kehidupan..
kau tersenyum
ku tersenyum..
kebahagiaan menguntum.... 
senyum kepada semua..
senyumanmu amatlah berharga
senyum membahagiakan
dengan senyuman...
terjalin lah ikatan...( ^_^)


sb ape saya happy arini : ehmm..sebab..saya..dapat..makan..nasi ..dan..sambal udang... hoyeahhhhhh....lauk peberet oo..

sb ape saya happy arini : sebab, quiz arini xde..Dr.Saodah (lect Human Services) suruh wat group assignmnt je.....fuhh....lelah bekejar nk smpai kelas, rupe2 group assignmnt je..hikhikhik...

sb ape saya happy arini : sebab..td tadi call my dearest mOmma...die mcm rindu je kt kite..lalalalala...die cakap ade sesuatu nak bagi kt kite...weeeee~

last but not least....,

sb ape saye happy arini : ehmmmm…
‘jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriii…..’ [ via : Zainal Arifin @ Misteri Nusantara…hehe ]

^ Sharing is Caring ....^

  • Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • Dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.
  • Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa...http://www.macam-2.com

:: Senyum itu Sedekah… Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani..J Senyum x perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang akan memaniskan senyuman itu…J  Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain.. J Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan…J hahahahaha…



“ Senyum Itu Kelopak… Ketawa Itu Bunga Yang Sempurna Kembangnya ”

Tuesday, October 4, 2011

..saHaBat, kAwAn, kEnaLaN..

:) (:

Takdir kadang kala MEMPERTEMUKAN kita dgn SESUATU yg tidak diundang.., MEMBERI apa yg tidak dirancang.., MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan..


Namun TAKDIR juga memberikan kita dgn erti perkenalan.., menyulam erti kasih sayang.., menanam erti persahabatan.., menghadiahkan kemanisan dlm kegembiraan.., menyemai benih keakraban.., serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT.., siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yg mengisi ruang dalam episod kehidupan……..


mOOd : kite happy hari ni....happy sb ape...hikhikhik...sb...sb..sb....ehmmm...sb 'SULIT & PERSENDIRIAN'.... lalalala....
happy la sgt ye....(^_^) 
ekceli...happy ckit2 je...sb lect ckap, kalo tgh stress pn kena senyum jgk, be positive....
ok..i'm trying..._best of luck fOr myseLf_


Dengan dicintai kita menjadi orang yang sangat bahagia.
Dengan disayangi kita menjadi orang yang sangat dihargai.
Dengan dilindungi kita menjadi orang yang sangat aman & tenang.
                                 
Menyayangi orang yang menyayangi kita merupakan kemesraan. 
Melindungi orang yang melindungi kita merupakan saling menjaga...


 :: ini bukan sebuah kesah chenta yek..!!! kesah sebuah kehidupan dimana setiap manusia mempunyai hak mereka sendiri...siapalah kita untuk mempersoalkan ia.... :)


^ renung-renungkan, dan selamat beramal.....[via: Prof Izi Hj Alwi] ^