Saturday, May 19, 2012

Rumah Kasih Nurul Hasanah


Assalamualaikum w.b.t..

Ukay Height, Ampang

Hari ni dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya menyertai lawatan amal ke Rumah Kasih Nurul Hasanah  a.k.a Program Masih Ada Yang Sayang dibawah Sekretariat Kebajikan dan Kerohanian KMR..adik-adik kat sini sangatlah comels comels dan sporting abes...asek nk pegang tangan je..hehehheh..suwett kan..:)

Disebabkan semester ini amatlah chaotic nye..maka, kite tidaklah dapat men ’join’ kan diri dalam banyak aktiviti kolej…

Ini ada sedikit info pasal Rumah Nur Hasanah..kalo mahu ringankan beban, kat bawah tu ade no akaun bank..hehehe…

Mula dibuka : April 2012
Penghuni
       :  Lelaki / Perempuan (5 hingga 14 tahun)

Menyediakan asrama dan rumah transit untuk:
·      Anak-yatim
·      Fakir-miskin
·      Saudara baru / Muallaf
·      Ibu tunggal
·      Warga emas
·      Insan-insan yang teraniaya
·      Pusat mengumpul dan agihan bantuan
·      Pusat pengajian al-Quran & fardhu ain
·      Perlindungan sementara untuk orang yang teraniaya
Lokasi
No 1, Jalan Pimping Kanan,
Ukay Height, 68000, Ampang,
Selangor.
Tel/Fax : 03 42660711
Email : admin@rumahanakyatim.org
Nama Akaun Maybank : Rumah Kasih Nurul Hasanah
No Akaun Maybank
    :  562777213969

sessi berkenalan

sessi tulis name..hehe

hai..name tite Isya..:)

Iqbal adik & Iqbal abang

sessi nyanyi beramai ramai...
seronot wooo...
kakak kakak pon same...
heheh
tadddaaa..
ada baby uollss...
his name is 'Ali
Ali is 3 month old

sessi motivasi
Motivasi bersama Kak Zati
Sessi menjadi bibik...
sessi di dapur 
Hi Tea kami....

'..KAMI..'
Cikda & Ikram
Skuad Masih Ada Yang Sayang
tatata..kami nk balik dah...

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik...


~ renung-renungkan dan selamat beramal ~


Walahu'alam..

No comments:

Post a Comment