Thursday, October 4, 2012

Sudah Cukup Sudah ^^


Assalamualaikum w.b.t...

Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib

Jika kita punyai kawan yang tidak menghargai, menyakitkan hati, tiada sifat empati..., abaikan sahaja dirinya... Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, kakak abang, taat pada guru andai kita sebagai pelajar dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia... Mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk hormat, taat dan dingati itu kita boleh abaikan sahaja.

Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga ibubapa kita dengan baik...
Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita
tidak meninggalkan keluarga...
Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak
memutuskan tali silaturrahim...
Biarlah sahabat-sahabat tidak menghargai, mementingkan diri, yang penting 
kita 'sedar diri'...

Kebahagiaan terletak dalam hati... Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa bersendirian itu adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terus bersedih..Namun seandainya kita redha bahawa bersendirian, tanpa teman yang memahami & boleh menemani kita itu adalah lebih baik, kita akan bahagia...
Biarlah mereka leka dengan sandiwara dunia dan kehidupan mereka sendiri.., yang penting 
kita perlu kuat untuk hidup bagi mencari kebahagiaan di sana nanti.....

  
Sekuat dan erat mana pun persahabatan itu, pasti ada juga perkara yang membuatkan kita mengalirkan air mata...~~

...KEGEMBIRAAN & KEBAHAGIAAN KADANGKALA BUKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA TETAPI IA UNTUK DIMILIKI...YA.., UNTUK DIMILIKI...!!! redha..-

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat...” – Imam Al-Ghazali



Walahu’alam

No comments:

Post a Comment