Wednesday, December 21, 2011

Aku, Dhia dan Landak..

                                                                    Assalamualaikum w.b.t

( 3 / 4 Disember 2011-12-20 )

^ Sukarelawan di Zoo Taiping ^

First of all, sorry to Kak Niesa and also Sapuan sb x mention nama u all dalam entry tu..hehehe..dont worry, kamu berdua tetap dalam anganku..wahahaha..< mcm tajuk lagu je nie >




Second, nk cakap pasal Zoo Taiping…cekidautt..!!!

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia. Zoo yang tertua di Malaysia ini seluas 34 ekar mempamerkan orang utan, harimau Malaysia, Siamang, dan banyak lagi haiwan lain dalam kurungan terbuka dengan persekitaran semulajadi.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utaraSemenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, burung kuakdan banyak lagi.
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)

dimana saye..???


So, kami ber38 orang pun dengan rela hati join this program…Program Sukarelawan Sambil Beriadah…macam best je kan…best la kann..sb pegi zoo..nampak macam comel ckit kan..ala ala budak sekolah gitu..lalala…

Kak Niesa & Dhia & Franky
dan Incik Landak



Cik Mary.., (abg Acap cakap name die Mary)

First Day – Kak Niesa, Dhia, Sapuan, ^ kite ^
Kami dapat keja part time kat tempat kandang landak, buaya, dan juga sangkar burung…elehhh..3 je kot….Itu pon lenguh kaki kot kesane kemari…+ kite geli nk pegang benda benda lembik ni... ( makanan burung yg dh bercampur ng air, pisang yg burung makan x abes, kangkung yg landak makan x abes...aishh..len kali jgn membazir tau adik2...x baek..amalan syaitonnn..) aishhh..cmno nk kojo kek zoo ni..!!!  
posing je lebey tu..hikhik


dengan rakusnye menyambar ayam yg gemok..
name die 'JOE'
tata Joe..dh kenyang le tu..
Abg Acap..Tukang jage Incik Landak
burung kakak tua kaler biru
tggu turn nak nek train.
itu adalah Kak Mai & Cik Cheta..







Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903. 
Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.    
Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.   


Untuk keterangan lanjut sila hubungi: 
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah 
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
http://www.museumperak.gov.my 


Suleiman Akhlakhan







Second Day – Mari Mengutip Sampah @ Burmese Pool

Dimanakah kesedaran sivik rakyat Taiping..??? Buang sampah sesedap rase..
Dari jauh kami datang tau ....
Oke, diriku terasa agak bermotivasi disini..lepas ni jangan nk buang sampah merata rata ey..hatta kulit gula2 pn..
< tapi itu segelintir je kan..mostly kome memang very baek hati lah n murah dengan senyuman >




ohyeahh..abg yang memeluk tubuh tubuh tu agak ohsemm..
tapi bile cabut cap & spec, OUTT..!!



Setelah berpenat lelah, menyapu dan mengutip sampah, jum pekena Mee Udang Mak Jah..memang ohsem sesangat Mak Jah ni punye Mee Udang..sangat mabeless laa....kedai die ramai orang sesangat..plus la kami yang turun satu bas ni...


Mee Udang Biase
udang sederhana 7-8 ekor

Mee Udang Special
udang besar 7-8 ekor

that's mine...
Mee Udang Biase
tapi ade 10 ekor udang..
yehaaa..

Mak Jah, sila amik mereka buat partime..


Mak Jah's parking gurl...:)
*** Anyone nak g Zoo Taiping ***

Waktu Melawat
Dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.
8.30 pagi sehingga 6.00 petang

Bayaran Masuk
Dewasa                     -    RM12.00
Kanak-kanak            -    RM8.00
Kamera Video           Free of Charge        
Untuk diskaun 20%  ( Rombongan Pelancong, Surat Permohonan Rasmi perlu dikemukakan sebelum tarikh lawatan untuk kelulusan )
RM10.00         - Adult
RM6.00           - Children
^ Semua permohonan untuk harga diskaun hendaklah dihantar melalui surat rasmi ^

Diskaun rombongan sekolah 50%
Murid Sekolah Rendah (3 - 12 tahun) berpakaian seragam sekolah atau kumpulan sekolah dengan surat kebenaran.
RM4.00
Murid Sekolah Menengah berpakaian seragam sekolah atau kumpulan sekolah dengan surat kebenaran.
RM6.00

20% Diskaun Warga Tua dan Rombongan Pelancong
Warga tua ( 55 tahun dan ke atas) sila tunjukkan kad pengenalan atau kad bersara sebagai bukti.

** Semua binatang biasanya diberi makan pada waktu pagi di antara jam 10 pagi hingga 12 tengahari **





No comments:

Post a Comment